
Fuselage: Fiuslaj
merupakan badan kapal terbang yang berbentuk silinder. Di sini lah
tempat anda duduk, tempat dimana terletaknya beban seperti penumpang dan
passenger crew. Fuselage, wings dan tail dipasang secara assembly part.
Wings: Sayap atau dalam erti kata lain sayap yang disambungkan pada fiuslaj. Pada sayap terdapatnya control surface (kawalan permukaan) yang lain. Sayap juga menghasilkan daya angkat untuk terbang dan tempat dimana bahan api dimasukkan.
Portwing: Port Wing
merupakan sayap kiri bahagian kapal terbang. Jadi selepas ini anda
jangan lagi sebut left wing ya kalau boleh. Gunalah istilah penerbangan
yang sesuai.
Starboard Wing:
Starboard Wing merupakan sayap kanan bagi kapal terbang. Apa yang ada
pada Port Wing ada pada Starboard Wing begitu juga dengan apa yang ada
pada Starboard Wing ada juga pada Port Wing.
Landing Gear/Undercarriage:
Sebuah sistem dan selalunya beroda, kadang-kadang boleh jadi skid
(helicopter) dan float gear (water aeroplane). Ia merupakan sebuah
sistem yang digunakan untuk mendarat dan berlepas.
Landing Gear berfungsi menampung beban kapal terbang dan juga terbahagi kepada dua jenis, boleh dilipat (retractable) atau tetap (rigid). Jadi selepas ini jangan lagi panggil tayar kapal terbang ya. Tayar kapal terbang ialah tayar seperti tayar kereta anda tetapi landing gear merupakan sebuah sistem pendaratan termasuklah tayar, sistem hidraulik (hydraulic system) dan rim tayar.
Nose landing gear: Bila
kata nose jadi mestilah di depan. Nose landing gear terletak di
bahagian depan kapal terbang dan merupakan satu-satu nya landing gear
yang boleh berpusing ke kiri dan ke kanan. Jadi, nose landing gear yang
mengawal arah haluan apabila kapal terbang di darat.
Main landing gear:
Terletak di bawah dan berhampiran dengan Centre of Gravity kapal
terbang. Selalunya ada banyak dan berpasangan. Ia juga berfungsi
menyokong beban utama kapal terbang terutamanya dibahagian penumpang dan
bahagian kargo.
Empennage: Bahagian
belakang kapal terbang. Selalunya ada horizontal stabilizer dan vertical
stabilizer. Merangkumi semua permukaan kawalan bahagian belakang kapal
terbang sahaja. Ini adalah bahagian tail section.
Airframe: Ini maksud
dia struktur dan rangka kapal terbang. Kita tak panggil dia sebagai
body, compartment atau fairing. Airframe adalah istilah bagi rangka dan
struktur kapal terbang manakala fiuslaj adalah badan kapal terbang.
Power Plant: Power
plant bermaksud engine. Merupakan istilah yang diguna pakai dalam
kejuruteraan penerbangan. Power Plant mempunyai banyak jenis. Namum
begitu, anda juga boleh memangil turbine engine atau propeller engine.
Penutup atau cover bagi turbine engine pula disebut turbine nacelle dan bilah-bilah di dalam turbine engine pula dipanggil turbine blade (bilah turbin).
No comments:
Post a Comment