Saturday, 22 September 2012

Bagaimana kapal terbang boleh terbang dan macam mana kapal terbang boleh terbang?

 Anda mesti selalu terfikir dan terbayang macam mana kapal terbang yang berat nya bertan-tan  ini boleh terbang dan terapung di udara. Kalau ikut kan logik, disebabkan daya graviti bumi, jisim lagi berat dan kapal terbang akan terhempas ke bumi.
Namun, perkara yang sering dijawab oleh pelajar-pelajar yang bukan dalam kalangan pelajar jurusan aeronautik, aeroangkasa dan penerbangan amat lah tidak tepat. Mereka selalunya menjawab, “Kapal terbang itu, bila juruterbang hidupkan enjin, dia akan memecut laju dan bila dah terlalu laju dia akan ‘tersungkit’ lalu terbang ke awan nan biru”.

Jadi bagaimana kapal terbang boleh terbang?

Camna kapal terbang boleh terbangKapal terbang akan terbang apabila pergerakan udara disepanjang sayap kapal terbang yang beraerofoil menghasilkan daya angkat ke atas sayap kapal terbang tersebut lalu dalam masa yang sama disebabkan bentuk badan kapal terbang itu yang beraerofoil, daya angkat juga terhasil di seluruh bahagian kapal terbang. Daya angkat ini tadi, lebih besar daripada daya graviti  jadi kapal terbang boleh terbang di udara.


Computer drawing of an airliner with the parts tagged.
Fuselage: Fiuslaj merupakan badan kapal terbang yang berbentuk silinder. Di sini lah tempat anda duduk, tempat dimana terletaknya beban seperti penumpang dan passenger crew. Fuselage, wings dan tail dipasang secara assembly part.
Wings: Sayap atau dalam erti kata lain sayap yang disambungkan pada fiuslaj. Pada sayap terdapatnya control surface (kawalan permukaan) yang lain. Sayap juga menghasilkan daya angkat untuk terbang dan tempat dimana bahan api dimasukkan.
Portwing: Port Wing merupakan sayap kiri bahagian kapal terbang. Jadi selepas ini anda jangan lagi sebut left wing ya kalau boleh. Gunalah istilah penerbangan yang sesuai.
Starboard Wing: Starboard Wing merupakan sayap kanan bagi kapal terbang. Apa yang ada pada Port Wing ada pada Starboard Wing begitu juga dengan apa yang ada pada Starboard Wing ada juga pada Port Wing.
Landing Gear/Undercarriage: Sebuah sistem dan selalunya beroda, kadang-kadang boleh jadi skid (helicopter) dan float gear (water aeroplane). Ia merupakan sebuah sistem yang digunakan untuk mendarat dan berlepas.
Landing Gear berfungsi menampung beban kapal terbang dan juga terbahagi kepada dua jenis, boleh dilipat (retractable) atau tetap (rigid). Jadi selepas ini jangan lagi panggil tayar kapal terbang ya. Tayar kapal terbang ialah tayar seperti tayar kereta anda tetapi landing gear merupakan sebuah sistem pendaratan termasuklah tayar, sistem hidraulik (hydraulic system) dan rim tayar.
Nose landing gear: Bila kata nose jadi mestilah di depan. Nose landing gear terletak di bahagian depan kapal terbang dan merupakan satu-satu nya landing gear yang boleh berpusing ke kiri dan ke kanan. Jadi, nose landing gear yang mengawal arah haluan apabila kapal terbang di darat.
Main landing gear:  Terletak di bawah dan berhampiran dengan Centre of Gravity kapal terbang. Selalunya ada banyak dan berpasangan. Ia juga berfungsi menyokong beban utama kapal terbang terutamanya dibahagian penumpang dan bahagian kargo.
Empennage: Bahagian belakang kapal terbang. Selalunya ada horizontal stabilizer dan vertical stabilizer.  Merangkumi semua permukaan kawalan bahagian belakang kapal terbang sahaja. Ini adalah bahagian tail section.
Airframe: Ini maksud dia struktur dan rangka kapal terbang. Kita tak panggil dia sebagai body, compartment atau fairing. Airframe adalah istilah bagi rangka dan struktur kapal terbang manakala fiuslaj adalah badan kapal terbang.
Power Plant: Power plant bermaksud engine. Merupakan istilah yang diguna pakai dalam kejuruteraan penerbangan. Power Plant mempunyai banyak jenis. Namum begitu, anda juga boleh memangil turbine engine atau propeller engine. Penutup atau cover bagi turbine engine pula disebut turbine nacelle dan bilah-bilah di dalam turbine engine pula dipanggil turbine blade (bilah turbin).

Jenis-jenis sayap kapal terbang

sayap kapal terbang merupakan bahagian utama dalam menghasilkan daya angkat bagi sesebuah pesawat terbang tersebut. Jika pada helikopter, ia dihasilkan oleh bilah-bilah rotor.
Namun, kita sering melihat ada sesetengah kapal terbang itu sayap nya dipasang dibahagian bawah fiuslaj, di atas fiuslaj dan di tengah-tengah fiuslaj. Setiap sayap yang dipasang perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum memutuskan

High-Wing

Sayap jenis ini selalunya dipasang pada kapal terbang komersil seperti Airbus dan Boeing dan setakat ini hanya enjin turbin sahaja yang menggunakan sayap jenis low-wing ini.
Kelebihan dan kekurangan
  1. Semua enjin turbin selalunya menggunakan sayap jenis-low wing, kecuali enjin jenis turboprop seperti yang digunakan syarikat Berjaya Air, MAS Wings dan FireFlyz.
  2. Jika menggunakan high-wing dengan enjin turbin, amat lah tidak praktikal kerana enjin itu yang berat boleh mengakibatkan struktur sayap itu koyak dan patah.
  3. Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan disebabkan faktor pemasangan sayap yang rendah dan mudah dicapai.
  4. Pesawat yang menggunakan sayap jenis low-wing, jika membuat pendaratan cemas, akan terapung dalam jangka masa yang agak lama ditambah pula dengan struktur sayap itu yang dibina membolehkan ia terapung di atas air.
  5. Disebabkan itu lah, pintu kecemasan dipasang pada fiuslaj, terletak betul-betul di atas hujung sayap bagi memudahkan penumpang keluar dan berdiri di atas sayap ketika pendaratan cemas.
  6. Kalau lah enjin turbin dipasang dengan cara high-wing, disebabkan enjin turbin itu yang besar dan panjang, ia akan menghalang pemandangan indah anda sewaktu menaiki kapal terbang. RyanAir dan AirAsia akan memanfaatkan kekurangan ini untuk tambang murah mereka!
  7. Disebabkan itulah, gear pendaratan jenis lipatan (retractable landing gear) digunakan pada semua pesawat jenis low-wing sahaja untuk melipat gear pendaratan itu masuk ke dalam sayap kapal terbang tersebut.

    Mid-Wing atau Middle Wing

     Selalunya digunakan untuk tujuan akrobatik dan mempunyai daya stabiliti yang tinggi serta kendalian yang baik. Ini disebabkan sayap nya yang terletak di tengah-tengah fiuslaj dan beban di atas dan di bawah dibahagikan sama rata.

    Selalunya digunakan pada jet pejuang untuk membuat rolling dan quick banking untuk mengelak daripada terkena tembakan musuh.  Antara sebab utama jet pejuang dan sukan udara menggunakan mid-wing adalah respon kawalan yang cepat disebabkan faktor simetri (sama rata) dan kelebihan mengawal attitude yang baik ketika terbang.


Jenis-jenis kapal terbang dan pesawat udara

Ringann daripada udara ( lighter than air)

Ringan daripada udara ialah ketegori dimana cara pesawat udara itu terbang. Jika anda lihat dalam kategori ini ada dua jenis sahaja iaitu kapal udara (airship) dan belon udara panas (hot air baloon). Pesawat udara ini diapungkan menggunakan gas Helium yang sedia maklum ketumpatan nya lebih ringan daripada udara. Pernah tengok badut sarkas bawa belon yang terapung tu? Kerana itulah airship dan hot air baloon adalah lighter than air.

Berat daripada udara (heavier than air)

Berat daripada udara ialah kategori dimana kapal terbang itu diterbangkan dengan menggunakan sesuatu supaya ia mampu terbang dan terapung. Sebagai contoh, semua jenis kapal terbang dan helikopter adalah berat daripada udara. Yang membezakan mereka sama ada daripada jenis berenjin atau tidak berenjin dan juga jenis bersayap (kapal terbang) atau bilah-bilah rotor (rotorcraft).